Raya yang suram

Seumur hidup aku bila tiba time raya tak kisahlah raya puasa atau hari raya haji, tak pernah gagal merebus ketupat. Puasa dan Raya tahun ni adalah paling suram dalam hidup aku. Tiada langsung persiapan raya yang dibuat, kecuali sempat menempah langsir rumah di Jakel di awal puasa dan membakar 2 jenis kuih raya di sabtu kedua pada bulan puasa. Tak pernah dalam hidup aku membakar kuih raya pada minggu pertama puasa. Ini semua petanda.

Minggu kedua puasa, mak aku mula start batuk-batuk dan semakin teruk sehinggalah pada 13 Ramadan pukul 2.30 pagi mak aku dah mula sesak nafas. Aku bawak mak aku pergi klinik yang buka 24 jam. Masa tuh tekanan darah mak aku sangat tinggi 200/110. Jadi doktor advise untuk pergi ke Hospital. Sebelum tuh minta dr bagi nebulizer dulu. Aku balik ke rumah dulu sebab mak  aku enggan ke hospital. Tapi bila sampai rumah dia mula tak rasa selesa. Tak boleh bernafas. Kami ambil keputusan untuk bawa mak juga ke hospital jam 4 pagi. 

Sampai di Johor Specialist Hospital (JSH) doktor dibahagian kecemasa maklumkan hospital penuh tapi sekurang-kurangnya berilah rawatan dahulu. Malas nak cari gaduh akak aku telefon Puteri Specialist Hospital. Alhamdulilah ada kosong, berkejaran diorg kesana. Aku tak ikut tinggal dirumah. Sampai di sana doktor maklumkan yang mak aku akan ditempatkan di wad ICU sebab wad HDU penuh dan sebagai pesakit yang memerlukan dialisis lebih mudah di wad ICU.

Jam 11 pagi ketika aku membawa kakak aku untuk membayar bill di JSH, aku mendapat panggilan telefon daripada anak saudara aku mengatakan mak aku dapat serangan jantung. Oksigen level hanya 40% sahaja. Nasib baik mak aku memang di ICU, terus dipasangkan dengan mesin ventilator. Terdapat jangkitan kuman di paru-paru. Akak dan Abang aku yang berada di luar Johor semua pulang pada hari itu.

Hari Khamis 13 Ramadan memang hari yang paling getir dalam hidup aku. Esoknya 14 Ramadan mak aku telah sedar tapi masih dipasangkan mesin ventilator. Dialisis di buat di ICU pada hari itu. Petangnya barulah mesin ventilator ditanggalkan. Tapi yang menyedihkan mak aku sepertinya berhalusinasi. 16 Ramadan mak aku dibenarkan keluar daripada ICU ke wad biasa. Aku meneman mak aku ketika waktu malam di wad selama 2 malam. 18 Ramadan mak aku dibenarkan keluar hospital.

Panjang cerita. Sambung Part 2.

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji