Sizzling Lamb Chop

Terliur plak tgk gambar ni pepagi

Masa cari bekas telur untuk wedding anak saudara aku, aku jumpa lah benda sizzling plate nih kat Cowboy Kulai tuh. Masa tu 1st time kot pegi Cowboy kulai. Sebelum nih dengar orang cakap jer. So bila gi sana ada cam nak gila sikit lah tengok barang kat situ. Tapi nasib baik cam waras lagi. 

So dok jalan-jalan kat section periuk-periuk nih jumpalah ngan sizzling plate ni. So belilah satu konon-konon nak masak sizzling yee mee kat umah. Tapi haram sampai sekarang tak masak-masak. Padahal yee mee nya dah beli. Dah expired kot.

Tapi sebelum tuh kitaorg masak ler Sizzling Lamb chop nih. Alah senang jer. Lamb chop nih kat pasaraya Aeon dah jual yang dah siap perap. Tinggal masak jer. Pastu beli potato yang comel-comel nih. Apa kah namanya aku dah lupa potato ni. Tapi sedap. 

Brokoli ngan cauliflower plak aku celur je pastu goreng kentang goreng. Apo punya resepi ler banyak sgt kentang huhuhu. Tinggi potassium tak baik untuk orang yang sakit buah pinggang.

Alhamdulilah, sodap n kenyang. Banyak kentang so boleh ganti nasi. Tapi macam terlebih plak kentangnya. Tak bagus untuk kesihatan.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat