Pesebuk

Siapa yang tak ada Facebook angkat tangan?

Kebanyakan kita mesti ada akaun Facebook kan? Aku sejak ada Facebook nih memang tak beli suratkhabar dah. Jimat duit aku hari-hari. Sorry kengkawan yang wartawan tuh. Bukan tak support beli paper tapi rasa mcm menyampah nak baca suratkhabar hahahah. Zaman sekarang semua kena jimat. Kat Facebook tuh lagi cepat berita keluar.

Tapi satu yang aku tak gemar pasal Facebook ni bila bab-bab meluah perasaan ni plus statement-statement tuh. Aku memang takde issue pasal benda nih. Facebook korang, korang punya pasal lah nak tulis apa.

Tapi kadang-kadang kalau nak meluah perasaan tuh kena ada batasan jugak. Kadang-kadang kita tulis tuh tuju kat orang lain. Tapi orang lain yang terasa.

Kekadang aku tengok tuh orang yang lagi berusia daripada aku yang pada aku sgt over lah. Suppose dah berusia boleh lah fikir baik dan buruk apa yang kita tulis tuh.

Tak puas hati ngan orang tuh luah kat Facebook. Tak puas hati ngan orang nih bagi luah komen menyindir. 

Tangan kat bahu mata pandang atas tau tak. Lagi-lagilah kalau yang menulis tuh macam tak cermin diri sendiri jer. Pandai cakap kat Facebook tapi diri sendiri pun kadang-kadang dua kali lima je. 

Bab-bab nak luah perasaan nih masa mula-mula aku join Facebook je. Bila dah semakin berusia ni rasa macam buruk benar lah nak luah semua kat Facebook. Gambar pun dah tak share kat Facebook. Cuma share kat Instagram jer. Bila nak luah perasaan, kat blog nih lah tempatnya. Itu pun aku rasa macam takde orang yang baca. Sebab tuh aku bebel kat sini.

Cuba jadi matang sikit n tengok balik post-post kamu tuh. Elok ke? 
Sorry kalau tersinggung ngan post ni. 
Kalau tersinggung macam tuh lah orang yang baca post kamu tuh rasa tersinggung. ðŸ˜Œ

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat