Tabung Haji

Fuhh lamo aku tak mucul. Hampir sebulan. Hari-hari bukak blog tapi tak rasa nak menulis. Baca blog orang jer lepas tuh dah tutup laptop balik. Tapi dipagi Jumaat yang penuh barakah nih meh ler kita mula menulis semula.

Lusuh dah buku aku
Semalam dok belek-belek buku tabung haji nak tengok balance sekali tertengok urusniaga muka surat pertama buku nih. Teringat kenangan lama ngan buku ni. Belum bertukar lagi sejak tahun 2000.  

Dulu masa belajar bila dapat duit PTPTN, aku ada masuk sikit-sikit lam Tabung Haji. Tapi bila tengah kering, habis dikorek duit kat situ. Yang kelakar siap sanggup keluar RM100 jer semata-mata kat Tabung Haji. 

Tabung Haji Shah Alam kat Kompleks PKNS tuh ler selalu muka aku jer kat situ. Bila ingat balik kelakar pulak. Ye lah kan ramai kat Tabung Haji tuh. Nak keluar mesti kat kaunter jer. Tapi nilai RM100 tahun 2000 dulu lain. Macam-macam boleh dapat. Sardin RM0.99 sen pun ada.

Tah camner tetiba rasa macam nak daftar haji so kena lah masukan duit minimum RM1300. Daftar Tahun 2010 n giliran haji tahun 2030. Ada 14 tahun lagi nak menunggu. Phewwww!.

Lepas tuh aku mcm tetiba macam sedar diri nak menabung. Siyes ckp aku memang payah nak menabung. Mula-mula buat pinjaman ASB. Kira aku anggap macam simpanan paksa untuk aku. Kalau tak buat camtu memang sampai kesudah takde menabung.

Lepas tu akhir tahun 2011 aku start menabung dengan RM50 sebulan kat tabung haji n RM50 sebulan kat ASB. Itu jer yang mampu time tuh. Lepas tuh aku stop kat ASB. Aku cuma tumpukan kat tabung haji. 

Bila gaji aku naik jer, aku tambah amaun bulan2 menabung kat tabung haji. Contohnya kalau tahun tuh aku naik RM150, aku tambah menabung bulan2 RM100. So memang tiap-tiap tahun berubah ikut kalau gaji aku naik. Sekarang nih lagi lah bertambah2 sebab kereta aku dah abis bayar hihihi.

Caranya? ada banyak cara nak simpan kat tabung haji kalau tak nak pegi kaunter dia tiap-tiap bulan. Buat potongan gaji ke. Tapi aku simpan melalui internet banking. RM0.50 jer caj setiap kali tranksaksi. 

Alhamdulilah setakat ni aku memang tabah menyimpan. Memang dah set bila gaji jer, yang itu ditolak dulu. 

Insya Allah, next year dah nak start pegi kursus haji. Walaupun aku punya giliran lambat lagi, tapi aku nak merayu starting tahun depan. Orang bujang cam aku kena cari mahram. Giliran mahram pulak nak dekat. Padahal beza daftar cuma setahun jer.

Apa-apa pun ini semua ketentuan-Nya. aku cuma merancang Dia yang menentukan.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat