Diabetes

Diam tak diam hari ini dah seminggu berpuasa. 
Aku ni sejak akhir-akhir nih mcm takde mood nak menulis.
Tahun ni adalah tahun pertama aku berpuasa 'berinsulin'.
Diabetes pun pasal.
N sebab diabetes gak lah aku kehilangan abang aku.
Apa-apa pun itu telah ditakdirkan Allah. 
Sebagai orang Islam wajib percaya kepada Qada & Qadar.

Sejak aku kena 'basuh' ngan doktor bulan Mac lepas aku dah seram nak minum manis-manis.
Kalau dulu bila weekend jer pegi kedai mesti beli sebotol air berkarbonat. 
Takpun air kotak soya ke or apa yang manis. Beli bukan sekotak. Tapi 2-3 kotak.
Lepas tu kalau makan nasi, sedap betul sampai bersenduk-senduk. 
Nasi pulak campur ngan beras wangi so sangatlah berkanji.
Kalau makan fastfood tuh lagi lah galak minum air berkarbonat tuh.

Tapi itu sekarang sudah tinggal kenangan. 
Bila fikir masa depan dan kesan yang bakal aku dapat, amatlah menyeramkan.
Rasa macam tak percaya pula aku boleh let go benda-benda manis nih. 
Nasi aku dah makan nasi beras herba ponni. 
Sapa yang pernah makan mesti tau beras ni memang tak sedap. 
Tapi demi kanji yang rendah, aku rela.

Air berkarbonat, air kotak, tin n sewaktu dengannya pun aku dah buang jauh-jauh.
Sekarang baru rasa yang air masak tuh lagi sedap daripada air-air manis tuh. 
Kuih-muih, pengat, kek or apa-apa makanan manis semua dah aku tinggalkan.
Yang paling sedih sekali aku seboleh-boleh mengelak daripada makan durian.
Yes durian, buah kegemaran aku tapi demi kesihatan aku rela aku tinggalkan.

Sebenarnya aku bercuti hari ni. Ada appointment kat spital.
Doakan yang baik-baik untuk aku.
Harap-harap HbA1c aku turun kali ni.
Doa-doakan aku ye.

Comments

  1. salam...

    tula zara pn perasaan u da lame tak update blog. ingatkan u x sehat. im really sorry for ur brother.Insyallah his in better place. u de try makan brown rice? katenye elok for diabetic. Good to know u da let go all ur sugary drinks.hope ur doing extremely well. take it day by day yea. insyallah!. take good care of urself :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam

      thanks zara. sejak akhir2 ni kurang mood sikit huhuhu. alhamdulilah sugar leval i dah turun. that one nanti i share dlm blog post. I belum cuba brown rice. i ada dgr bagus utk diabetic but sister kat hospital tadi suggest makan beras basmathi. tinggi serat n rendah kanji. lebih baik drpd beras herba ponni tu.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat