2013 Highlights - Part 2

Sambungan daripada Part 1

July
Bulan mula puasa. Abang aku kat Shanghai balik lagi bercuti untuk bulan puasa. Rumah aku siap renovate. Pastu ada touch up sikit2 untuk interior design umah aku. Bulan nih plak aku dapat warning dari Telekom sebab tak bayar hutang (kes masa aku duduk Shah Alam dulu). Bab nih memang menyampah. Lain kali jgn percaya ngan orang sgt!
cantik tak kak tonnn! ekekek

August
Bulan sedih. Raya ke 7, Ibu saudara (adik mak aku) aku telah kembali ke rahmatullah. Agak rapat dengan Arwah. Kadang-kadang datang rumah arwah belikan barang keperluan untuk dia. Last jumpa dia 4 hari sebelum dia meninggal. Terkejut sangat-sangat. Al-Fatihah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman
Al-Fatihah

September
Bulan nih highlightnya Trip aku ke Makassar. Lama dah plan trip nih sejak anak saudara aku mula-mula belajar kat Makassar, Indonesia. Plannya camner sekalipun mesti buat trip ke sana. Anak saudara aku amik jurusan kedoktoran n insha Allah next year akan balik for good.
kat sini ramai betul Tegar celop.

October
Hari Raya Haji disambut secara sederhana but meriah. Sebab ramai adik beradik aku kebanykkannya dtg rumah. So memang penuh n riuh. Bulan nih gak Legoland Waterpark dibuka. Anak saudara aku sorg lagi kerja kat Legoland. So masa family day budak2 dpt lah masuk. Aku gak yang tak pegi lagi kat situ. Grrrrrrrrr!
Pot Luck Raya Haji

November
Bulan nih entry kat blog belum keluar lagi. Hahaha dasar pemalas. Banyak sebenarnya event besar bulan nih. Cousin aku kahwin n anak saudara aku bertunang. Birthday Ayip. Birthday mak Ayip. Konsert Tadika Ayip. Semer belum sempat aku post ekekekke. Tahun depan kot baru aku post huhuhu
Hantaran's from pihak lelaki sponsored by Ibu Saudara
bakal Pengantin Lelaki

December
Bulan terakhir dalam setiap tahun. Bulan nih takde apa yang menarik melainkan bulan aku dilahirkan. Surprise birthday macam biasa. Heeeeeeee terharu sangat! thanks my keluarga!
Happy Birthday to me! Cake by Kakak No. 5! heeeeee

Well ini adalah post terakhir untuk 2013 (macam copy paste ayat last year jer). 

Kalau ada sumur di ladang boleh hamba menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi!

Jumpa lagi hujung tahun 2014 untuk post highlights nih.
Itupun kalau umur aku panjang. Kalau tak panjang jadikanlah blog ini sebagai kenangan 

Salam ~~~

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat