Catatan Perjalanan Day 5 - 7 : Friday - Sunday, 10th - 12th June 2011 (Part 3)

Sambungan dari Part 2 kat Madinah

Masjid Nabawi di kelilingi ngan hotel2

Lepas membeli-belah di Pasar Tamar, kitaorg pun dibawa balik ke hotel. time tuh dah nak dekat kul 11. sebelum balik bilik ketua rombongan wanita ada bagitau lepas zohor nak pegi Raudah sapa yang nak ikut boleh lah pegi solat zohor sama2 nanti. lepas siap2 utk solat zohor aku jmp ketua tuh kat lobby hotel. akak aku suruh aku ikut diorg memandangkan aku belum berpeluang nak masuk Raudah lagi. tapi aku tanya akak aku diorg percayakan aku tak kalau aku g Raudah sendiri. aku bukan sombong tak nak ikut diorg tapi aku nak sama2 solat zohor ngan akak aku. akak n kawan akak aku ckp diorg percaya kan aku. so lepas solat zohor kat Masjid Nabawi tiba lah masanya utk aku pegi Raudah sorg. sebelum pegi tuh akak n kawan2 dia suruh aku solat hajat dulu. lepas solat hajat dengan perasaan berdebar2 aku pun pegi ke Raudah seorang diri dengan panduan akak aku n kawan2 dia yg da pegi tadi malam. menurut diorg jalan terdekat nak pegi Raudah dari tempat aku solat adalah melalui pintu yg kat depan ada bilik air perempuan nombor 11A. masa jalan menuju pintu tuh aku tak putus2 berselawat. perasaan berdebar2 tuh hanya Allah jer yg tahu mcm mana perasaan aku masa tuh. on the way tuh aku ada lalu pintu2 ruang solat utk lelaki. n diorg nih tgk aku semacam jer. masa tuh plak baru lepas solat zohor so mmg ramai ler jemaah yang keluar dari masjid nabawi tuh. aku plak jalan melawan arus. bila aku balik baru aku teringat. kat sana perempuan muda mcm aku mana boleh jalan sorg2 mesti ada mahram yang temankan.

antara pintu2 utk ke ruang solat Masjid Nabawi

Akhirnya aku jumpa gak dengan bilik air no 11A n berdepan dgn bilik air tuh ada pintu utk ke ruang solat wanita. berdebar2 gak aku masa mula2 masuk tuh mmg dia cek abis ler badan aku. lepas aku masuk petugas wanita kat masjid nabawi tuh ckp 'bahasa melayu di sana' aku pun konpius sbb aku tak paham so aku merayau ler kat situ cari mana 'bahasa melayu' tuh last2 aku tanya balik petugas masjid tuh n dia tunjukan kat mana tempat jemaah utk Malaysia. Alhamdulilah aku jumpa dengan ahli2 rombongan aku. 5 orang termasuk aku. diorg pun tak sangka aku dpt cari n pergi sorg2. jemaah Malaysia dalam satu kumpulan dengan jemaah dari Indonesia n Turki. lama juga menunggu pintu tuh dibuka. mula2 jemaah dari Arab yg masuk dulu. tapi bila pintu tuh dibuka kumpulan dari  jemaah pakistan n india berlari nak masuk pegi pintu untuk jemaah dari negara Arab. nasib baik kumpulan kitaorg nih masih lagi mempunyai sifat sabar n disiplin yang tinggi. akhir sekali baru group dari malaysia, indonesia n turki dibenarkan masuk. itupun belum masuk dalam lagi. kena tunggu giliran yg betul2 kat depan pintu nak masuk Raudah. aku pun tak pasti berapa lama aku tunggu sebab aku tak pakai jam n hp aku pun tak bawak. sejuk jer kat area tuh. masa tuh mmg tak tau lah nak ckp apa. byk abiskan masa dengan berselawat jer. akhirnya tiba giliran jemaah dari Malaysia n Indonesia masuk ke kawasan Raudah n kitorg yang paling last sekali. Actually untung dapat yg last sekali sbb orang dah tak ramai. Alhamdulilah akhirnya aku diizinkan Allah utk jadi tetamu di Raudah. hanya Allah jer yang tahu perasaan aku mcm mana masa tuh sebak, sedih, gembira, syukur semuanya ada. n yang paling aku bersyukur sgt2 aku dapat solat sunat kat kawasan Raudah. 2 kali pulak tuh. kali pertama aku tak yakin ngan solat sunat aku sbb time tuh berasak2 dgn jemaah dari pakistan. bila petugas dah suruh jemaah dari pakistan tuh keluar baru ada ruang2 yg dpt aku solat dgn khusyuk lagi. actually kat Raudah nih mmg tak boleh lama2. tapi aku dpt duduk lama sikit kat situ. dpt baca doa siap dgn terjemahannya sekali. mmg tak terungkap dgn kata2 mcm mana perasaan aku masa tuh.

kawasan sekitar Masjid Nabawi

kitaorg keluar dari Raudah bila petugas kat situ dah suruh keluar. Alhamdulilah. sampai gak hajat aku. seriously aku mmg tak jangka benda nih semua. setakat nih perjalanan aku di Madinah berjalan dengan lancar sekali. Alhamdulilah. sebelum aku pegi Raudah aku da siap suruh akak aku tapaukan lunch dari dewan makan. sbbnya mmg tak sempat nak balik hotel utk lunch. keluar jer dari Raudah aku keluar n cari tempat utk solat asar pulak. kitaorg pilih tempat yg dekat dgn pintu keluar ke hotel kitaorg. dalam perjalanan menuju situ dari jauh aku dah nampak kelibat akak aku. alhamdulilah. boleh plak aku terserempak dgn akak aku dalam ribuan org tuh. mmg bersyukur sgt2 sbb Allah permudahkan perjalanan aku kat Madinah nih. akak aku cerita masa dia g Raudah dia tak dpt solat sunat sbb keadaan orang yang ramai sgt. dia cuma dpt berdoa je. mungkin dah rezeki aku agaknya. lepas solat asar aku balik bilik sbb dah kepenatan sgt akak aku plak dia gi melawat2 ke bazar2 kat bawah hotel kitaorg. lepas solat maghrib ada taklimat utk ke Makkah n umrah plak. so malamnya aku mmg tak buat apa. kemas2 beg sbb esok dah nak check out hotel n bertolak ke Makkah.

Madinah hari ke tiga - 12/6/2011 (Ahad)

 dalam perjalanan utk ziarah wida'

hari ni hari last aku kat Madinah. mcm biasa pepagi kul 2.30 pagi dah bangun utk persedian solat subuh. lepas solat subuh n breakfast balik bilik n kemas2 bag lagi. sbb bag dah nak dibawak turun ke lobby. siap kemas2 aku mandi sunat ihram. lepas tuh dalam kul 10 pagi dah jalan pegi ke makam Rasulullah s.w.t utk buat ziarah wida. sedihnya masa nih. adakah aku dapat menjejakkan kaki aku lagi kat sini?. lepas baca doa selamat tinggal aku siap2 utk solat zohor plak. ya Allah, moga2 ini bukanlah solat terakhir aku kat masjid nabawi. lepas solat zohor balik hotel utk lunch n  lepas tuh balik bilik ambik bag n turun lobby utk tunggu bas. dalam pukul 2 petang bas pun bertolak utk ke kota Makkah al Mukarammah. aku difahamkan perjalanan dari Madinah ke Makkah amik masa dalam 8 jam. tapi aku tak terasa sgt perjalanan 8 jam tuh. tak tau nape. rasa mcm kejap jer. kalau aku naik bas jb - kl aku dah panas pung***g walaupun 4 jam jer perjalanannya.  mula2 berhenti di miqat bir ali untuk solat sunat ihram dan berniat ihram. time nih kiranya aku da dalam ihram so mmg kena jaga serba serbi pantang dalam ihram nih. jarak antara miqat bir ali dgn Madinah hanyalah kira2 15 minit perjalanan. lepas tuh bas meneruskan perjalanan ke Makkah. dalam bas tuh actually aku byk tido jer sbb sampai2 jer kena terus buat umrah. dalam perjalalanan bas tuh berhenti kat satu kawasan r & r. tak tau nama apa tempat nih. tapi ada nasi yg sgt sedap kat sini n harganya 15 riyal kalau ayam n 30 riyal kalau kambing. lepas makan2 bas teruskan perjalanan lagi tapi tak lama dalam sejam lepas bertolak r & r berhenti lagi utk solat jamak n qasar maghrib n isyak.

nasi sedap 15 riyal

pepsi n mirinda botol kaca yg da 
pupus kat malaysia

lepas solat jamak n qasar maghrib n isyak, kitaorg pun teruskan perjalanan utk ke Makkah. maka dengan itu tamatlah kisah aku di Madinah. moga2 nih bukan yang terakhir aku menjejakkan kaki di kota Madinah nih. rindu betul nak bersolat di Masjid Nabawi. lepas nih cerita kat Makkah al Mukarammah plak. kota idaman setiap umat islam. jumpa laie! assalamualaikum wbt.

klik utk ke Makkah - Part 1

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Seoul Garden kat Rumah